Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

181) STATUS PERMOHONAN MASJID BARU

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status permohonan DUN Selat Klang kepada Kerajaan Negeri untuk membangunkan masjid baru bagi menggantikan Surau Al-Falah di Kampung Sungai Sireh yang dijadikan masjid setiap kali solat jumaat untuk menampung penduduk jemaah-jemaah di Kampung Sungai Sireh?

    Tiada status tentang pembinaan masjid baharu di DUN Selat Kelang. Buat masa ini tiada tanah yang diwartakan atau wakaf irsyod untuk tujuan pembinaan masjid. Tetapi ada keperluan dan beberapa perkara yang akan dikemukakan kemudian untuk pertimbangan Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.