Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
46) STATUS PERMOHONAN LALUAN ALTERNATIF 3/4 TAMAN WANGSA PERMAI KE JALAN INDUSTRI DESA AMAN
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status tindakan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bagi surat Perbendaharaan Negeri Selangor bertarikh 23 Mei 2017 dengan rujukan PWN.Sel.(A) 304/2 Jld.3(2). Apakah status permohonan laluan alternatif di jalan tersebut ?
Merujuk kepada surat PWN dengan rujukan PWN.Sel.(A) 304/2 jld 3(2) bertarikh 23 Mei 2017, pihak Majlis Perbandaran Selayang dalam proses penyediaan kertas cadangan kerja bagi mewujudkan Laluan Alternatif Wangsa Permai – Kawasan Industri Desa Aman untuk di bawa ke Mesyuarat MTES.
-
Bilakah kerja-kerja bagi jalan tersebut akan dimulakan ?
Sama seperti di SUB(a)