Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
140) STATUS PERLANTIKAN TIMBALAN DATUK BANDAR MBPJ
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Siapakah yang mempunyai kuasa untuk melantik Timbalan Datuk Bandar?
Timbalan Datuk Bandar atau Setiausaha dibuat berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976, Seksyen 2 yang berbunyi: “Setiausaha” ertinya Ketua Pegawai Pentadbir yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri atau mana- mana pegawai yang pada masa ini menjalankan kewajipan Ketua Pegawai Pentadbir dengan sah di sisi undang-undang” Frasa “atau mana-mana pegawai yang pada masa ini” merujuk kepada pelantikan yang dibuat semasa Akta Kerajaan Tempatan 1976 mula dikuatkuasakan. Pelantikan Setiausaha dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
-
Apakah kronologi dan status perlantikan Puan Sharipah Marhaini Binti Syed Ali sebagai Timbalan Datuk Bandar?