Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

268) STATUS PERKUBURAN KAUM INDIA DI JALAN KERETAPI LAMA PEKAN KAPAR

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah MPK berhasrat untuk mengambil alih pengurusan kubur kaum India Pekan Kapar daripada kuil dan persatuan supaya jenazah kaum India dapat diuruskan dengan kos yang lebih rendah berbanding dengan kos yang tinggi sekarang ini?

    Pada masa ini Tanah Perkuburan Kaum India di Jalan Keretapi Lama, Pekan Kapar diselenggara oleh pihak persatuan berdasarkan kepada pewartaan tapak pada tahun 1950 iaitu “Committee Of The Kapar Hindu Burial Ground”.

    Pada tahun 2017, pihak Pejabat Persekutuan Negeri Selangor telah mengemukakan permohonan kebenaran merancang untuk membina satu buah krematorium di tapak lokasi sedia ada.

    Walau bagaimanapun permohonan ini telah ditarik balik pada 5 Februari 2020 memandangkan terdapat isu penyelenggaraan tanah yang tidak dapat diselesaikan.

    Setakat ini, pihak MPK tidak bercadang untuk mengambil alih pengurusan perkuburan tersebut memandangkan pihak MPK sedang menguruskan Krematorium Klang di Simpang Lima.

Lampiran

Tiada Lampiran.