Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
69) STATUS PENYERAHAN PEMBANGUNAN KEPADA MAJLIS PERBANDARAN
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan projek pembangunan perumahan oleh PKNS dalam kawasan DUN Sungai Ramal yang telah siap selama lebih 15 tahun tetapi masih belum diserahkan kepada MPKj?
- Terdapat sepuluh (10) kawasan pembangunan perumahan yang belum diserahkan kepada Majlis Perbandaran Kajang. Kawasan pembangunan ini adalah:
Bil Kawasan Yang Belum Diserahkan Tahun Pembangunan Siap 1.
2.
3.
4.
Pangsapuri 8 Blok 5 Tingkat berjumlah 372 Unit, Dijalan 1/9C Seksyen 1 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Pangsapuri 7 Blok 5 Tingkat berjumlah 272 Unit, Dijalan 1/3 Seksyen 1 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Pangsapuri 5 Blok 5 Tingkat berjumlah 206 Unit, Dijalan 2/4F Seksyen 2 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Pangsapuri 5 Blok 5 Tingkat berjumlah 206 Unit, Dijalan 2/1 Seksyen 2 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
1984
1984
1984
1984
Bil Kawasan Yang Belum Diserahkan Tahun Pembangunan Siap 5.
6.
7.
8.
9.
10.
Pangsapuri 6 Blok 5 Tingkat berjumlah 254 Unit, Dijalan 3/4G Seksyen 2 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Pangsapuri 6 Blok 5 Tingkat berjumlah 254 Unit, Dijalan 4/1 Seksyen 2 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Infrastuktur Jalan dan Parit Bangi Mutiara Seksyen 1 & 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Perhentian Bas/Teksi di Seksyen 3, Tambahan Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Pangsapuri 5 Tingkat Seri Kundang Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.
Pangsapuri 5 Tingkat, Apartment Seri Permai, Semenyih, Selangor Darul Ehsan.
1984
1984
2002
2006
2012
2012
-
Mengapakah projek-projek tersebut masih belum diserahkan kepada MPKj?
Untuk makluman, PKNS telah banyak kali mengadakan beberapa siri lawatan bagi tujuan penyerahan sesuatu kawasan pembangunan namun tidak semua projek berjaya diserahkan kepada pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Antara sebab utama proses serahan ini tidak berjalan dengan lancar serta tidak dapat dilakukan ialah ketiadaan maklum balas secara bertulis iaitu melalui surat daripada MPKj selepas setiap lawatan bersama dilakukan.