Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

128) STATUS PENYELESAIAN KILANG HARAM

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah statistik penyelesaian kilang haram di setiap daerah?

    Lanjutan keputusan Kerajaan Negeri melalui MMKN Ke 24/2024 bertarikh 28 Ogos 2024 untuk bersetuju menimbang dan meluluskan Pelanjutan Tempoh Program Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) berkuatkuasa mulai 01 September 2024 hingga 31 Disember 2027, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS)  melalui kerjasama dua belas (12) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menerima dan menyelaras data KTK yang masih beroperasi. Hasil daripada pemurnian data yang diterima sehingga Oktober 2024, jumlah KTK adalah sebanyak 5,352 hak milik/Tanah Kerajaan yang melibatkan 6,690 buah kilang. Pecahannya mengikut daerah seperti dalam jadual berikut:

     

    BIL. DAERAH PBT JUMLAH LOT/ TANAH KERAJAAN JUMLAH KILANG
    1. PETALING MBSA

    1323

    2503

    MBPJ

    49

    49

    MBSJ

    41

    36

    2. KLANG MBSA

    313

    592

    MBDK

    614

    614

    3. GOMBAK

    MPAJ

    0

    0

    MPS

    1088

    1018

    4. HULU LANGAT MPKJ

    544

    543

    MPAJ

    538

    535

    5. SEPANG MPSP

    143

    130

    6. KUALA LANGAT MPKL

    307

    297

    7. KUALA SELANGOR MPKS

    266

    262

    8. HULU SELANGOR MPHS

    100

    86

    9. SABAK BERNAM MDSB

    26

    25

    JUMLAH KESELURUHAN

    5352

    6690

Lampiran

Tiada Lampiran.