Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
222) STATUS PENYELENGGARAAN PARIT OLEH JPS
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kenapa penyelenggaraan tidak mengikut jadual yang sepatutnya?
Untuk makluman, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor melalui JPS Daerah Sabak Bernam telah melaksanakan kerja penyelenggaraan di bawah Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sebanyak empat (4) kali setahun bagi kawasan pengairan dan tiga (3) kali setahun melibatkan kawasan saliran. Berikut adalah jadual pelaksanaan bagi kerja yang telah dijalankan:-
Pemantauan pelaksanaan penyelenggaraan oleh MPKK sentiasa dijalankan oleh JPS dalam memastikan ianya selari dengan jadual yang telah ditetapkan semasa perancangan awal tahun sebagai persediaan Monsun Timur Laut (MTL). Selain itu, JPS juga telah mengambil langkah tambahan dengan pelaksanaan kerja pengorekan dan mendalamkan parit bagi kawasan yang berisiko banjir.