Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

105) STATUS PENYELARASAN ANTARA AGENSI TENTANG PENYELENGGARAAN PARIT

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah penyelerasan antara agensi bagi mengatasi masalah pertindihan tanggungjawab tentang penyelenggaraan parit telah dapat diatasi di Meru?

    Merujuk kepada Cabutan Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke-16/2022 bertarikh 6 Julai 2022 dan disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke-17/2022 pada 13 Julai 2022 memaklumkan bahawa:-

    Penyelenggaraan dan Penambahbaikan Infrastruktur dan Kemudahan Awam di Negeri Selangor

    Y.A.B. Dato’ Seri Pengerusi telah membangkitkan mengenai isu penyelenggaraan dan penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan awam di Negeri Selangor yang perlu diberikan perhatian dan tindakan segera. Sehubungan itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersetuju dengan perkara-perkara berikut:-

    i) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor hendaklah memastikan semua infrastruktur dan kemudahan awam termasuk jalan raya, lampu jalan, kebersihan kawasan, rumput, longkang dan pungutan sampah di bawah seliaan jabatan masing-masing dalam keadaan optimum dan teratur;

    ii) Seksyen Makro & Penswastaan, UPEN melalui Jawatankuasa Tetap Infrastruktur Negeri Selangor perlu menyelesaikan segera isu kolam/ parit/ longkang yang ‘tidak bertuan’ agar kerja penyelenggaraan dapat dilaksanakan dengan teratur; dan

    iii) Semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri hendaklah mengambil tindakan atau respon segera terhadap aduan berkaitan infrastruktur dan kemudahan awam bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin dan seterusnya meningkatkan mutu perkhidmatan Kerajaan Negeri secara keseluruhan.

  2. Parit manakah yang telah diselesaikan masalah pertindihan dan manakah yang masih lagi belum selesai isu pertindihan?

    Masalah pertindihan parit masih dalam peringkat penyelarasan.

Lampiran

Tiada Lampiran.