Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
174) STATUS PENYAHWARTAAN HUTAN SIMPAN KUALA LANGAT UTARA
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membatalkannya?
Merujuk kepada keputusan MMKN Ke-7/2020 pada 19 Februari 2020 yang telah disahkan oleh MMKN Ke-8/2020 pada 04 Mac 2020, Kerajaan Negeri mengekalkan pendirian berhubung keputusan mengenai pembatalan warta Hutan Simpan Kuala Langat Utara dan usaha menggantikan dan mewartakan Hutan Simpanan Kekal di kawasan yang telah dikenal pasti dengan jumlah keluasan yang lebih besar. Sehubungan itu, proses pendengaran awam bagi pembatalan warta hutan simpan ini adalah diteruskan mengikut prosedur yang ditetapkan.