Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

48) STATUS PENTENAKAN BABI MODEN DI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status penternakan babi moden di Selangor?

    Kerajaan Negeri telah mengeluarkan surat tawaran kepada Syarikat PPAD Intergrated (
    M ) Sdn. Bhd. bagi menjalankan kajian kemungkinan mewujudkan “Pig Farming Area” di
    Ladang Tumbuk, Kuala Langat. Kajian tersebut akan disiapkan pada bulan Oktober
    2010.

  2. Pihak manakah dan siapakah EXCO yang menjalankan projek ini

    Task Force Pig Farming Area diPengerusikan oleh YB Tuan Dr. Xavier Jayakumar dan
    ahli-ahlinya adalah seperti berikut:-
    i. YB Puan Wong Keat Ping @ Elizabeth Wong
    ii. YB Puan Teresa Kok Suh Sim
    iii. YB Tuan Ean Yong Hian Wah
    iv. YB Tuan Haji Yaakob bin Sapari
    v. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri
    vi. Lembaga Urus Air Selangor ( LUAS )
    vii. Jabatan Pengairan dan Saliran ( JPS )
    viii. Pejabat Tanah Daerah Kuala Langat
    ix. Majlis Daerah Kuala Langat

Lampiran

Tiada Lampiran.