Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
129) STATUS PENINGKATAN MPAJ DARI MAJLIS PERBANDARAN KEPADA BANDARAYA
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam membantu MPAJ mencapai status bandaraya?
MPAJ dalam penyediaan kertas kerja naik taraf bandaraya mengikut maklumat dan format yang ditetapkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Perkara ini juga telah dirujuk bersama Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan bagi penyediaan kertas kerja tersebut.
-
Apakah manfaat akan diperolehi oleh penduduk, peniaga dan pengilang selepas MPAJ bertukar status kepada Bandaraya?
Pelbagai manfaat akan diperolehi oleh penduduk, peniaga dan pengilang selepas MPAJ bertukar status kepada Bandaraya secara langsung dan tidak langsung seperti peningkatan taraf perkhidmatan, pembangunan perbandaran, kemasyarakatan, pelancongan, pendidikan, landskap, pelaburan, infrastruktur dan kemudahan awam, perindustrian, ekonomi, alam sekitar, kesihatan, kebersihan, perniagaan dan lain-lain serta mencapai Smart