Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

29) STATUS PENEMPATAN ORANG ASLI BATU 12 GOMBAK

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status penempatang orang asli di Batu 12 Gombak?

    Penempatan Orang Asli Batu 12, Gombak adalah berstatus kampung IKTIRAF daripada 74 keseluruhan kampung di Negeri Selangor tetapi masih belum diwartakan. Maklumat asas status tanah penempatan kampung Orang Asli Batu 12 adalah seperti maklumat berikut:

    i. Nama Kampung : KOA Batu 12
    ii. Suku Kaum : Pelbagai
    iii. Parlimen : Gombak
    iv. Dun : Gombak Setia
    v. Status Kampung : Iktiraf
    vi. Jumlah KIR : 325 orang
    vii. Jumlah Penduduk : 1123 orang
    viii. Status Tanah :

    Luas keseluruhan kampung : 23.0546 Hektar

    1) Keluasan kampung masih belum diwartakan terletak dalam Rizab Hutan Simpan Hulu Gombak, lebih kurang 20 hektar dan;

    2) Keluasan yang diwartakan seluas 3.0546 Hektar. Seksyen 62, Kanun Tanah Negara (KTN)

    No. Warta Kerajaan Negeri: WKN 1308 pada 23.04.2009 sebagai Institutional Reserve.
    No.Lot: 9168
    No. Pelan P.A : 55633

    ix. Institusi Kempimpinan:

    1) Batin : Ada
    (Dibawah pentadbiran Batin Kampung Orang Asli Batu 16, Gombak)

    2) JPKKOA : Ada
    (Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli KOA Batu 12, Gombak

  2. Adakah Kerajaan Negeri atau JAKOA mempunyai rancangan untuk mengiktiraf kawasan penempatan orang asli Batu 12 Gombak supaya penduduk di situ boleh memohon bantuan kerajaan seperti PPRT dan sebagainya?

    Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan (JAKOA) telah mengiktiraf Kampung Orang Asli Batu 12, Gombak sebagai kawasan penempatan Orang Asli. Pengiktirafan kampung sebagai penempatan Orang Asli adalah berdasarkan sejarah penempatan kampung Orang Asli Batu 12, Gombak. Sejarah penempatan adalah seperti berikut:

    Kampung ini wujud pada tahun awal 50-an apabila tertubuhnya pasukan polis hutan yang dikenali sebagai Senoi-Prak. Mereka kemudiannya diserap ke Bahagian Perubatan akibat ancaman komunis yang cuba mempengaruhi dan merekrut mereka. Mereka bekerja di Hospital Orang Asli Gombak yang mana mereka adalah dari kalangan 18 suku kaum Orang Asli. Akibat daripada itu mereka berkahwin secara campur dan menetap di Batu 12. Nama kampung adalah sempena kedudukan jalan berada di Batu ke-12. Peringkat awal penempatan kampong ini kebanyakan penduduk adalah dari kalangan kakitangan kerajaan yang bekerja di Hospital Orang Asli dan Muzium Orang Asli.

    Namun, ekoran perkembangan akademik yang baik, kini penduduk telah bekerja dalam pelbagai sektor seperti sector swasta, kerajaan dan kerja tradisional

    Penduduk Orang Asli kampung Batu 12, Gombak boleh membuat permohonan bantuan kerajaan seperti bina baru rumah, baikpulih rumah, kemudahan infrastruktur, ameniti sosial, jalan dan sebagainya. Antara bantuan yang telah disalurkan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli dan pelbagai agensi kerajaan adalah sebagaimana berikut:

    i. Kemudahan Asas ( Infrastruktur dan Ameniti Sosial):

    1. Jalan Perhubungan :

    (a) Jalan Ke Kampung : Jalan Premix (Tar)
    (b) Jarak Dari Kampung Ke Jalan Utama : 0.01Km

    2. Bekalan Air Dan Elektrik :

    (a) Bekalan Air : SYABAS
    (b) Sumber Bekalan : Sungai
    (c) Jenis Sistem & Bekalan : Talian Grid
    (d) Sumber Bekalan : TNB

    3. Ameniti Sosial :

    (a) Masjid/ Surau : 2 Buah
    (b) Balai Raya : 1 Buah
    (c) Taska/ Tadika : 2 Buah
    (d) Balai Rawatan/ Klinik : Hospital Orang Asli Gombak (HOAG)
    (e) Muzium Orang Asli : Ada
    (f) Gelanggang Sepak Takraw : Ada
    (g) Gelanggang Futsal : Ada
    (h) Taman Permainan : Ada
    (i) Padang Bola Sepak : Ada
    (j) Dewan Orang Ramai : Ada
    (k) Pusat Komuniti : Ada

Lampiran

Tiada Lampiran.