Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
236) STATUS PEMUTIHAN KILANG HARAM
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini program pemutihan kilang haram di DUN Kota Kemuning?
Status sehingga bulan Januari 2025 Program Pemutihan Kilang Haram DUN Kota Kemuning adalah seperti berikut;
SEK. BIL. KILANG BIL. LOT JUMLAH KM JUMLAH PB JUMLAH CF/CCC 25 54 41 0 0 0 33 8 4 1 0 0 32 117 75 11 2 0 JUMLAH 179 120 12 2 0 -
Apakah usaha untuk memastikan semua kilang haram diputihkan sepenuhnya?
Tindakan dan usaha yang diambil oleh MBSA ke atas kilang tanpa kebenaran adalah:-
- Mengadakan sesi dialog bersama pemilik tanah / pemilik kilang;
- Mengadakan kaunter khidmat nasihat kepada pemilik dan pengusaha kilang;
- Menyelaras keperluan jalan bagi lot-lot yang tiada akses kekal untuk jalan keluar masuk;
- Membantu menyelaras permohonan Kebenaran Merancang, Pelan Bangunan dan CCC yang dikemukakan ke Jabatan Pusat Setempat bersama Jabatan Agensi Teknikal;
- Menghantar Notis Peringatan kepada pemilik dan pengusaha kilang untuk megemukakan permohonan rasmi berkaitan Kebenaran Merancang, Pelan Bangunan dan CCC;
- Menyediakan syarat teknikal minima kilang tanpa kebenaran; dan
- Mengeluarkan kompaun bagi KTK yang beroperasi tanpa lesen.
-
Apakah sasaran masa yang ditetapkan untuk menyelesaikan pemutihan ini?
Kerajaan Negeri telah menetapkan bahawa tempoh pelaksanaan Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran di Negeri Selangor (Lanjutan) adalah mulai 1 September 2024 sehingga 31 Disember 2027. Sekiranya tiada usaha atau tindakan positif oleh pemilik struktur untuk memulihkan tanah sehingga 31 Disember 2025, tindakan penguatkuasaan hendaklah dilaksanakan mulai 1 Januari 2026.