Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

230) STATUS PEMILIKAN TANAH LOT

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pemilikan tanah flat Pinggiran Batu Caves sekarang dan bantuan yang boleh diberikan oleh kerajaan bagi memberikan hak milik strata yang tertangguh lebih 20 tahun?

    Hak milik yang dimaksudkan adalah PM 321 LOT 53143 MUKIM BATU, DAERAH GOMBAK di mana status pemilikan tanah tersebut adalah SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR (PERBADANAN) yang telah didaftarkan pada 13 Ogos

     

    Keputusan pemberimilikan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Perbadanan) adalah seperti kelulusan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) yang bersidang pada 3 Januari 1990. Dalam situasi kini, Perbadanan Menteri Besar (MBI) adalah pihak yang seharusnya memikul (akan mengambil) tanggungjawab sebagai pemilik.

     

    Bentuk bantuan yang dapat diberikan oleh Kerajaan adalah melalui Pihak Berkuasa Tempatan menerusi Suruhanjaya Bangunan (COB) Majlis Perbandaran Selayang yang akan membantu pembeli pertama dan juga MBI (atau pihak yang berkelayakan yang dilantik oleh MBI bagi mewakilinya) dalam menubuhkan Badan Pengurusan Bersama (JMB) bagi tujuan menjalankan tugasan tadbir urus yang merangkumi semua aspek pengurusan flat tersebut termasuklah penyediaan permohonan pindah milik kepada pembeli pertama. Manakala Pihak Berkuasa Negeri menerusi Pejabat Daerah & Tanah Gombak akan membantu dari aspek pendaftaran urusan pindah  milik kepada pembeli pertama setelah menerima permohonan yang lengkap daripada MBI.

     

    Selaras dengan kelulusan pemberimilikan oleh MMKN pada 3 Januari 1990 tersebut, terdapat dua perkara yang dilihat sangat penting yang perlu diberi perhatian di dalam syarat kelulusan asal yang telah ditetapkan iaitu;

    • Setiausaha Kerajaan   Negeri   Selangor   (Perbadanan)   dibenarkan            untuk membuat pindah milik kepada pembeli pertama tanpa perlu mendapat

     

    • kebenaran pindah milik terlebih dahulu daripada Pihak Berkuasa Negeri walaupun hak milik ini berstatus pajakan.

     

    • Cukai tahunan (cukai tanah) tidak akan dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri selagi pindah milik kepada pembeli pertama tidak didaftarkan. Dalam erti kata lain, cukai tanah hanya perlu ditanggung oleh pembeli pertama setelah namanya didaftarkan di dalam hak milik

     

    Sehubungan itu, dengan penjelasan ini diharap pihak-pihak yang berkepentingan terutama MBI dapat membantu pembeli pertama dalam menyelesaikan kemelut yang telah berlarutan selama lebih 20 tahun ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.