Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
65) STATUS PEMILIKAN TANAH KEDIAMAN SEKSYEN 3 PETALING JAYA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah pernah terdapat permohonan pertukaran status pemilikan tanah kediaman oleh penduduk Seksyen 3 Petaling Jaya sebelum ini?
Tiada permohonan pertukaran status pemilikan tanah kediaman oleh penduduk Seksyen 3 Petaling Jaya.
-
Adakah benar wujud klausa khusus untuk rakyat beragama Islam atau berbangsa Melayu sahaja di situ?
Tiada klausa khusus untuk pemilikan tanah bagi rakyat beragama Islam atau berbangsa Melayu sahaja di kawasan dimaksudkan.
-
Adakah terdapat sebarang rekod berkaitan dengan status hakmilik di kawasan tersebut di pihak Kerajaan Negeri?
Rekod berkaitan status hakmilik di kawasan tersebut wujud dan boleh dirujuk melalui Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) sedia ada di Pejabat Daerah dan Tanah Petaling atau Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS).