Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

145) STATUS PEMILIKAN TANAH DI SUNGAI GABAI

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Penduduk telah mengusahakan dan mendiami tanah di kawasan Sungai Gabai sejak sekian lama. Bagaimanakah mereka dapat memohon pemilikan tanah di kawasan tersebut?

    Kawasan Sungai Gabai merupakan jajaran sungai dalam Rizab Hutan Simpan Hulu Langat. Merujuk kepada Rancangan Tempatan Tanah Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Selangor 2035, zon guna tanah kawasan Sungai Gabai ialah hutan simpan. Kawasan tersebut telah diwartakan sebagai Rizab Hutan Simpan Hulu Langat Warta G.N. 388-27 dan termasuk dalam salah satu lokasi Geopark Gombak-Hulu Langat.

    Terdapat lebih kurang 106 permohonan pemberimilikan tanah Kerajaan diterima Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat kali terakhir pada tahun 1994 dengan keluasan lebih kurang 380 ekar. Namun demikian, Pemberimilikan tanah Kerajaan tidak dapat dipertimbangkan kerana kawasan Sungai Gabai telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Hulu Langat.

  2. Adakah terdapat sebarang rancangan pembangunan di kawasan tersebut?

    Setakat ini, tiada sebarang rancangan pembangunan yang dirancang di kawasan tersebut.

  3. Jika ada, sila senaraikan.

    Tidak berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.