Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

111) STATUS PEMILIKAN DAN PENYELENGGARAAN JALAN PENGHULU PEKAN MERU

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Di bawah siapakah penyeliaan jalan tersebut serta status jalan tersebut?

    Jalan Penghulu Pekan Meru adalah di bawah seliaan PDT Klang. Status jalan tersebut merupakan rizab jalan yang didaftarkan di bawah penyelenggaraan MARRIS

  2. Apakah bentuk cadangan bagi mencegah muatan berat melalui jalan tersebut?

    Cadangan bagi mencegah muatan berat melalui jalan tersebut, PDT Klang akan memasang palang gantry dan meletakkan papan tanda kebenaran muatan berat tidak melebihi 8 tan yang boleh dilalui di jalan tersebut selepas jalan diselenggara dalam tempoh masa terdekat

  3. Bolehkah ia dinaik taraf kepada jalan negeri di bawah JKR?

    JKR tiada halangan untuk menerima jalan yang dinaiktaraf kepada Jalan Negeri, walau bagaimanapun agensi yang menyelia jalan tersebut hendaklah memastikan jalan yang hendak diserahkan dinaiktaraf terlebih dahulu mengikut spesifikasi Jalan Negeri yang ditetapkan oleh JKR.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.