Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
317) STATUS PEMILIKAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status kolam-kolam memancing ikan di kawasan Kampung Sungai Sireh dan Pelabuhan Klang dari segi perancangan dan pemilikan kolam-kolam tersebut?
Status kolam-kolam memancing ikan di kawasan Kampung Sungai Sireh yang telah dibina dan sedang beroperasi pada masa ini adalah berstatus tanah Kerajaan yang telah dikhaskan bagi tujuan awam iaitu suatu tapak untuk keagamaan Islam (perkuburan Islam). Lokasi kolam memancing tersebut berada di atas sebahagian Lot 169376, Mukim Klang Daerah Klang yang telah dirizabkan melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor No.1108 bertarikh 14 Mac 2024 dan di atas sebahagian tanah Kerajaan iaitu di Lot 3541, Mukim Klang, Daerah Klang yang telah diwartakan melalui GN1809-25
Seterusnya Yang Berhormat, berdasarkan semakan terdapat dua (2) lokasi kolam memancing ikan yang dikenalpasti di Pelabuhan Klang. Status bagi kolam-kolam memancing ikan di kawasan Bandar Sultan Suleiman – Bagan Hailam adalah berstatus tanah Kerajaan (rizab tanah dasar laut/rizab simpanan laut) yang telah diluluskan untuk Lesen Pendudukan Sementara (LPS) di bawah Seksyen 65 Kanun Tanah Negara oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke-17/2021 bertarikh 5 Mei 2021 melalui kertas EXCO-MTES No.5/13/2021 yang telah disahkan oleh MMKN ke-18/2021 pada 19 Mei 2021. Manakala, lokasi kedua iaitu kolam memancing ikan di kawasan Jalan Jeti, Pendamar, Mukim Klang adalah berstatus tanah hakmilik iaitu di Lot 1839 dan Lot 1838, Pendamar, Mukim Klang, Daerah Klang.
Yang Berhormat, bagi tapak-tapak kolam memancing yang berstatus tanah Kerajaan, tapak tersebut perlu dikekalkan sebagai tanah simpanan Kerajaan bagi memastikan keperluan di masa hadapan bagi tujuan penyediaan tapak kemudahan awam dan penyelenggaraan Sungai/Laut dapat dilaksanakan oleh Jabatan/Agensi berkaitan.