Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
372) STATUS PEMBINAAN SEKOLAH BARU DI DUN SUNGAI KANDIS
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bilakah pembinaan SMK Johan Setia yang telah diluluskan pembinaannya dalam RMKe-12 tahun 2023 akan dimulakan?
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor mengambil maklum akan keprihatinan Yang Berhormat berkaitan projek pembinaan sekolah baharu dalam usaha Kerajaan menyediakan kemudahan akses pendidikan kepada masyarakat.
Untuk makluman, projek pembinaan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Johan Setia, Klang, Selangor yang mengandungi 42 bilik darjah dan kemudahan-kemudahan lain mengikut piawai merupakan projek yang telah diluluskan di bawah RMKe-12, Rolling Plan 3 (RP3) Tahun 2023. Projek berkenaan telah diserahkan kepada Cawangan Kerja Pendidikan (CKP), Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia selaku agensi pelaksana di bawah Arahan Perbendaharaan (AP) 182.
Projek berkenaan masih lagi dalam fasa prabina, iaitu merujuk kepada tahap awal perancangan dan persediaan sebelum fasa pembinaan fizikal projek bermula. Fasa ini melibatkan beberapa langkah penting untuk memastikan projek dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan, antaranya penyediaan dokumen tender, persediaan tapak bina serta perolehan permit dan kelulusan yang berkaitan.
Fasa prabina amat penting bagi memastikan semua aspek perancangan dan persediaan telah diselesaikan sebelum kerja-kerja pembinaan sebenar dimulakan bagi mengelakkan sebarang kelewatan atau masalah semasa pelaksanaan projek berkenaan kelak.
-
Apakah status permohonan perolehan tanah bagi cadangan pembinaan sekolah berikut :
1. SK Desa Latania dalam RMKe-12 RP4 tahun 2024
2. SK Bandar Puteri dalam RMKe-12 RP5 tahun 2025
3. SMK Alam Impian dalam RMKe-12 RP5 tahun 2025Permohonan perolehan tanah bagi cadangan pembinaan sekolah merupakan suatu proses permohonan pemberimilikan tanah rizab pendidikan di bawah Kerajaan Negeri kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) sebagai tanah Persekutuan berdasarkan Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 (Akta 56).
Proses ini perlu dilaksanakan melalui permohonan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selaku Kementerian/ Jabatan Pengguna (KJP) ke atas sesebuah tapak tanah rizab pendidikan yang ingin dibangunkan melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) selaku Jabatan yang bertanggungjawab mengawal dan menguruskan hal-hal berkaitan tanah di bawah bidang kuasa Persekutuan mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.
Berdasarkan semakan dan penelitian ke atas proses permohonan perolehan tanah bagi cadangan pembinaan ketiga-tiga sekolah yang telah disenaraikan mendapati status terkini permohonan adalah seperti berikut:
Bil. Tapak Sekolah Status Terkini 1. SK Desa Latania Permohonan Jadual 1 telah dikemukakan oleh JKPTG kepada Pentadbir Tanah dan dalam proses untuk diangkat bagi kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) 2. SK Bandar Puteri Dalam proses permohonan pemberimilikan kepada PTP melalui JKPTG. 3. SMK Alam Impian Dalam proses permohonan pemberimilikan kepada PTP melalui JKPTG.