Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
320) STATUS PEMBINAAN JALAN PINTASAN HULU CHUCHOH KE KLIA
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini pembinaan jalan pintasan Hulu Chuchoh ke KLIA yang melalui tanah milik MAB?
Projek yang dimaksudkan adalah Projek Membina Jalan dari Kg. Ulu Chuchuh ke KLIA, Daerah Sepang. Dengan kos keseluruhan bernilai RM 171 juta, skop utama projek ini adalah menaiktaraf jalan sedia ada sepanjang 8 km dan membina jalan baru sepanjang 12 km. Projek ini telah bermula pada 6 Januari 2021 dan tarikh siap semasa adalah pada 21 Oktober 2024. Berikut adalah kemajuan fizikal terkini projek:
- Jadual : 39.13 %
- Sebenar : 35.09 %
- Perbezaan : -4.04 % (Lewat 37 Hari)
Antara kerja-kerja yang sedang dilaksanakan di tapak adalah seperti berikut:
- Kerja-kerja pengorekan Unsuitable Material (USM)
- Kerja-kerja penambakan pasir
- Kerja-kerja menghampar Geotextile HP580a
- Kerja-kerja pemasangan formwork dan rebar di Abutment A bagi pembinaan jambatan