Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
193) STATUS PEMBAIKPULIHAN KEROSAKAN INFRA DI JALAN FT29, FT31, FT32, DAN FT214
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status dan jumlah peruntukan yang diperuntukan bagi membaikpulih infrastruktur jalan, lampu dan keadaan longkang di sepanjang jalan-jalan tersebut?
Pihak JKR telah menerima kelulusan peruntukan Fasa 1 Tahun 2023 daripada Kementerian Kerja Raya (KKR) bagi laluan FT31 merangkumi kerja-kerja penyenggaraan Berkala Pavemen berjumlah RM 1,500,000.00 manakala Berkala Bukan Pavemen berjumlah RM 560,000.00 iaitu kerja menaiktaraf longkang berjumlah RM 400,000.00 dan kerja menaiktaraf aspek keselamatan berjumlah RM 160,000.00.
Bagi laluan FT29, FT31, FT32 dan FT214, pihak JKR telah mengangkat permohonan dalam Anggaran Penyenggaraan Jalan (APJ) 2023 kepada pihak KKR berjumlah RM 59,918,499.22 seperti jadual di bawah:
LALUAN JUMLAH PERMOHONAN APJ 2023 (RM)
KELULUSAN PERUNTUKAN TAHUN 2023 (RM)
FT 029 33,236,500.00
0.00
FT 031 21,807,499.22
2,060,000.00
FT 032 1,200,000.00
0.00
FT 214 3,674,500.00
0.00
JUMLAH KESELURUHAN
59,918,499.22
2,060,000.00