Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

238) STATUS PEMBAHARUAN TANAH PAJAKAN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status permohonan PTD.P 2A/BPJ 246/2012 & PTD.P 2A/BPJ 247/2012?

    Permohonan PTD.P 2A / BPJ 246 / 2012 & PTD.P 2A / BPJ 247 / 2012 telah dikemukakan ke Pejabat Tanah & Galian Selangor untuk kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

  2. Sila butirkan kronologi permohonan ini.

    Butir kronologi permohonan adalah seperti di Lampiran

    LAMPIRAN A

     

    PTD.P 2A / BPJ 246 / 2012 & PTD.P 2A / BPJ 247 / 2012

     

    KRONOLOGI PERMOHONAN UNTUK SERAH BALIK TANAH DI BAWAH SEKSYEN 197 KANUN TANAH NEGARA DAN PEMBERIMILIKAN SEMULA TANAH KERAJAAN DI BAWAH SEKSYEN 76 KANUN TANAH NEGARA KERANA MEMPERBAHARUI TEMPOH PAJAKAN TANAH KEPADA 99 TAHUN UNTUK TUJUAN INSTITUSI.

    BAGI HAKMILIK : I) HS(D) 168032 PT 33 SEKSYEN 4, BANDAR

    PETALING JAYA, DAERAH PETALING

     

    1. II) PN 3916 LOT 119 SEKSYEN 9, BANDAR PETALING JAYA, DAERAH PETALING

     

     

     

    TARIKH

     

    PERKARA

     

    12.12.2012

     

    Terima permohonan untuk memperbaharui tempoh pajakan bagi kedua-dua hakmilik.

     

    21.1.2013

     

    Laporan Pelukis Pelan dikemukakan

     

    1.4.2013

     

    Laporan Tanah dari Pegawai Pertempatan Tanah dikemukakan

     

    14.3.2016

     

    Permohonan telah dihantar ke Pejabat Tanah dan Galian Selangor untuk kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

     

  3. Apakah faktor yang melambatkan permohonan ini daripada mencapai KPI?

    Dimaklumkan bahawa pejabat ini telah menerima permohonan memperbaharui tempoh pajakan tanah bagi kawasan Bandar Petaling Jaya seperti berikut :-

    Bangunan Kediaman

     

    TAHUN

     

    JUMLAH PERMOHONAN DITERIMA

     

    JUMLAH PERMOHONAN YANG TELAH LULUS / DISELESAIKAN

     

    2011

     

    461

     

    461

     

    2012

     

    265

     

    261

     

    2013

     

    111

     

    108

     

    2014

     

    133

     

    128

     

    2015

     

    78

     

    52

     

    Merujuk kepada jadual di atas, hampir kesemua permohonan melanjutkan tempoh pajakan tanah yang diterima oleh Pentadbiran ini telah berjaya diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh KPI Pentadbiran kecuali permohonan-permohonan yang dikenalpasti terdapat perlanggaran syarat tanah di Bandar Petaling Jaya. Terdapat segelintir pemilik tanah yang menjadikan tapak kediaman sebagai perniagaan terhad di kawasan ini dan pentadbiran ini perlu memastikan pemilik tanah memulihkan kegunaan tanah terlebih dahulu.

     

    Walau bagaimanapun untuk permohonan PTD.P 2A / BPJ 246 / 2012 & PTD.P 2A / BPJ 247 / 2012 yang diterima daripada The Superior Of The Institute Of The Franciscan Missionaries Of Mary, merupakan permohonan lanjut tempoh pajakan tanah bagi tujuan institusi, Pentadbiran ini menghadapi masalah dalam menentukan kadar premium dan cukai tahunan kerana tidak terdapat dalam mana-mana peruntukan undang-undang di Negeri Selangor.

     

    Setakat ini hanya permohonan daripada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) sahaja yang mendapat bayaran premium tanah pada kadar RM1,000.00 (Nominal). Pentadbiran ini juga telah memohon wakil daripada pemohon iaitu Tetuan Iza Ng Yeoh & Kit untuk mengemukakan dokumen bagi membuktikan bahawa institusi yang telah dibina di atas tapak (Sekolah Kebangsaan Assunta dan Sekolah Menengah Kebangsaan Assunta) merupakan sekolah Bantuan Modal ataupun Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan kerana berpandangan adalah wajar dikenakan kadar premium nominal ke atas permohonan ini walaupun tapak yang dipohon bukan hakmilik yang didaftarkan di bawah PTP. Walau bagaimanapun, Pentadbir Tanah Petaling telah mengemukakan syor yang sewajarnya terhadap permohonan ini untuk pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.