Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

95) STATUS PELAKSANAAN PROJEK JALAN RENTAS KG SG KELAMBU

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pelaksanaan Projek Jalan Rentas Kg Sg Kelambu ke Bandar Seri Ehsan dan bilakah projek tersebut akan dilaksanakan?

    Untuk makluman Y.B. projek membina jalan sambungan Sg. Kelambu ke Genting Sanyen adalah dalam peringkat reka bentuk terperinci dan penyediaan pelan pengambilan balik tanah. Projek ini melibatkan skop pembinaan jalan baru yang menghubungkan kawasan Kuala Langat ke Sepang dengan piawaian U5, satu lorong 2 hala sepanjang 8.9 km. Anggaran kos projek adalah sebanyak RM120 juta dan dijangka akan ditender / iklan pada Ogos 2019 dan pembinaan dijangka bermula pada awal tahun 2020.

Lampiran

Tiada Lampiran.