Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
104) STATUS PELAKSANAAN PENYELESAIAN YANG DICAPAI PADA 7 APRIL 2016 DAN 23 MEI 2016 TENTANG MASALAH PEMINDAHAN PENEROKA-PENEROKA DI JALAN PAPAN DAN JALAN BUKIT KERAYONG
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Selepas penyelesaian dicapai pada 7/4/2016 dan 23/5/2016, Melati Ehsan Consolidated Sdn Bhd masih belum memperolehi Kebenaran Merancang daripada MPK selepas melebihi setahun. Apakah sebab kelewatan tersebut?
Kelewatan adalah disebabkan pihak perunding masih belum mematuhi beberapa syarat- syarat OSC keatas pelan Kebenaran Merancang, khususnya ulasan beberapa jabatan teknikal iaitu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Daerah Klang.
-
Adakah kelewatan tersebut disebabkan sabotaj oleh mana-mana pihak?
Majlis Perbandaran Klang memproses semua jenis permohonan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Majlis dan tempoh kelulusan adalah bergantung kepada prestasi dan pencapaian perunding dalam mematuhi syaratsyarat OSC.
-
Adakah kelewatan tersebut disebabkan oleh JPS?
Majlis difahamkan oleh perunding, pihak pemaju belum mematuhi syarat-syarat dan ulasan JPS.