Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

239) STATUS PELAKSANAAN PENYELESAIAN YANG DICAPAI PADA 7 APRIL 2016 DAN 23 MEI 2016 TENTANG MASALAH PEMINDAHAN PENEROKA-PENEROKA DI JALAN PAPAN DAN JALAN BUKIT KERAYONG

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Selepas penyelesaian dicapai pada 7/4/2016 dan 23/5/2016, tidak dilihat sebarang kemajuan di tapak projek. Apa yang telah berlaku tentang perkara ini?

    Pembangunan fizikal di tapak tidak boleh dilaksanakan kerana tiada sebarang kelulusan pelan-pelan pembangunan dikeluarkan. Ini adalah kerana, pihak pemaju/perunding masih belum mematuhi sepenuhnya syarat- syarat kelulusan dasar keputusan OSC ke atas permohonan kebenaran. Perunding/pemaju masih belum mendapatkan ulasan/sokongan dari beberapa Jabatan Teknikal yang berkaitan.
  2. Apakah Rakyat berkenaan kini menunggu?

    Tiada sebarang pemindahan dibuat/dilaksanakan ke atas peneroka dan peneroka kekal seperti sediakala di tapak. Sebarang tawaran kepada peneroka atau arahan berpindah kepada yang layak akan dilakukan setelah pemajuan di tapak siap.
  3. Bila Rakyat berkenaan dapat menandatangani perjanjian jual beli dengan harga belian RM99,000.00?

    Penandatangani perjanjian jual beli adalah bergantung kepada kemajuan dan pencapaian perunding / pemaju dalam memastikan keseluruhan pelan-pelan pembangunan diluluskan oleh Majlis dan pemaju akan menjalankan kerja- kerja pembangunan di tapak.

Lampiran

Tiada Lampiran.