Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
177) STATUS PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN BANJIR SHAH ALAM (SASUD)
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status pelaksanaan Pelan Tindakan Banjir Shah Alam (SASuD)?
Untuk Makluman, pihak Majlis telah mendapat kelulusan perlaksanaan Pelan Tindakan Banjir Shah Alam (SASUD) pada 11 Ogos 2022 di Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri untuk Fasa 1. Sehubungan dengan itu, pihak Majlis dalam proses untuk pengiklanan kerja-kerja pelan tindakan ini yang dianggarkan bermula pada Disember 2022.
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi memastikan pelaksanaan projek ini dilaksanakan berdasarkan amalan tadbir urus yang baik, telus serta tidak berlaku ketirisan yang melibatkan dana awam?
Untuk makluman, pihak Majlis akan membuat pengiklanan secara terbuka untuk projek-projek di bawah pelan tindakan banjir ini. Selain itu, pihak Majlis juga akan menetapkan kod bidang CIDB yang berkaitan semasa pengiklanan tender kerja ini. Bagi memastikan hanya pemborong yang berkelayakan sahaja dapat menyertai tawaran tender tersebut.