Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

289) STATUS PELAKSANAAN MANIFESTO PRN SELANGOR 2023

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berkaitan pelaksanaan manifesto semasa PRN Selangor 2023 (kos sara hidup dan keterjaminan makanan), berapa kerapkah JER boleh diadakan mengikut DUN?

    Untuk makluman, Jualan Ehsan Rahmah boleh dilaksanakan sebanyak dua kali bagi setiap DUN. Namun demikian, pada masa sama, JER  juga akan berada di program-program yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri selain jualan di jabatan korporat seperti di pejabat tanah, hospital dan PBT.

    Sebagai tambahan, perutukan JER yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor berjumlah RM10 dan dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, RM7.1 juta (Jun 2023 hingga Jun 2024).

  2. Apakah insentif yang sedang diusahakan bagi mencapai keselamatan makanan, melahirkan lebih banyak agropeneur muda dan pembangunan industri laut di SABDA?

    Bagi memastikan kejayaan di dalam pembangunan industri laut di Sabak Bernam, MBI melalui SABDA akan melaksanakan kaedah pelaburan strategik, infrastruktur yang mampan, latihan yang komprehensif serta mengutamakan perlaksanaan kelestarian. Disamping itu, melalui Kerjasama Awam dan Swasta (“Private Public Partnership”), MBI akan memperkukuhkan komuniti tempatan, perkembangan masyarakat serta memperbaiki taraf kehidupan.

    Dari sudut pertanian pula, MBI akan menambahbaik sektor tersebut melalui pelaburan bersasar, pengukuhan sistem IoT dan penyaluran bantuan kepada petani. MBI juga akan memberikan tumpuan khusus kepada tanaman yang mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi serta mengamalkan pembangunan kearah kelestarian. MBI turut menyasarkan untuk memperkukuhkan sektor pertanian bagi menambahbaik kehidupan para petani disamping memastikan kestabilan bekalan sumber nutrisi kepada semua komuniti.

Lampiran

Tiada Lampiran.