Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
236) STATUS PELABURAN ASING KE SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Selangor merupakan negeri yang dapat pelaburan asing yang tertinggi di Malaysia setakat Oktober 2014?
Bagi tempoh Januari hingga Julai 2014, Negeri Selangor menduduki tempat ke lima dengan nilai pelaburan berjumlah RM 4.588 bilion
Negeri Bilangan projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM) Johor 116 12,141 12,713,306,382 5,947,039,161 18,660,345,543 Sarawak 12 1,489 324,820,131 7,460,919,196 7,785,739,327 Pahang 8 3,906 159,382,531 4,830,387,912 4,989,770,443 Penang 95 13,097 1,328,930,242 3,294,161,314 4,623,091,556 Selangor 153 9,659 2,706,991,219 1,881,102,933 4,588,094,152 Kedah 29 3,837 328,548,559 4,099,690,316 4,428,238,875 Sabah 16 1,333 2,074,513,106 544,022,280 2,618,535,386 Negeri Sembilan 23 1,937 564,698,507 1,384,384,627 1,949,083,134 Kelantan 4 618 1,223,746,684 0 1,223,746,684 Perak 15 1,873 570,054,739 358,016,598 928,071,337 Melaka 15 2,052 150,983,789 577,927,564 728,911,353 Terengganu 7 459 76,260,311 349,880,915 426,141,226 Negeri Bilangan projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM) Perlis 1 91 210,000,000 0 210,000,000 W. P. Kuala Lumpur 3 121 12,771,700 14,541,114 27,312,814 W. P. Labuan 1 8 3,965,000 0 3,965,000 0 Jumlah 498 52,621 22,448,972,900 30,742,073,930 53,191,046,830 -
Berapa kerapnya Kerajaan Selangor melakukan program menarik pelabur asing di luar negara?
Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2014, Kerajaan Negeri melalui SSIC telah mengadakan lima (5) misi promosi penggalakkan pelaburan ke Luar Negara bagi menarik pelaburan. Antara negara-negara yang terlibat adalah seperti:-
- Jepun (Osaka & Tokyo)
- Taiwan
- Australia
- China (Xiamen & Shanghai)
- Singapura
- Jerman
-
Adakah Kerajaan Persekutuan memberi sebarang bantuan untuk menarik pelabur asing ke Selangor?
Secara dasarnya, pihak Kerajaan Persekutuan melalui MITI/MIDA sentiasa membantu dalam menarik pelaburan ke Negeri Selangor. Antara bantuan yang diberikan seperti:-
- Membantu pihak delegasi negeri Selangor sewaktu lawatan ke Luar Negara dengan menyelaras lawatan-lawatan ke syarikat yang berpotensi untuk melabur di
- Membantu mengedarkan jemputan kepada syarikat-syarikat di Negara yang dilawati untuk hadir dalam seminar promosi pelaburan yang
- Menyediakan sejumlah peruntukan bagi menaiktaraf kawasan-kawasan perindustrian di Negeri Selangor. Pada tahun 2013, Negeri Selangor telah menerima peruntukan sebanyak RM 23,169,530.00 dan sebanyak RM 7,541,425 pada tahun
- Menyelaras lawatan pelabur berpotensi ke Negeri