Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

58) STATUS NAIK TARAF MASJID JAMEK SAMADIAH, PELABUHAN KLANG

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan status terkini projek naik taraf Masjid Jamek Samadiah.

    Projek menaik taraf Masjid Jamek Samadiah masih belum dapat dimulakan dan projek ini akan dibawa ke Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13)/ Rancangan Selangor Ke-2 (RS-2).

  2. Berapakah peruntukan yang akan diperuntukkan untuk projek naik taraf ini?

    Sebanyak RM15 Juta telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dalam Peruntukan Pembangunan (P14) bagi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Lampiran

Tiada Lampiran.