Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

161) STATUS NAIK TARAF JALAN MERU DAN PERSIARAN HAMZAH ALANG

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status menaik taraf Jalan Meru dari Klang Sentral ke Pekan Meru (3KM) dan Persiaran Hamzah Alang ke Pekan Kapar (7km)?

    Jalan Meru dari Klang Sentral ke Pekan Meru sepanjang 3km dan Persiaran Hamzah Alang ke Pekan Kapar sepanjang 7km adalah Jalan Persekutuan FT3217 (Jalan Masuk ke Kawasan Perindustrian Meru). Permohonan bagi cadangan menaiktaraf jalan tersebut telah pun diangkat kepada pihak Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 29 Januari 2021 di dalam Rolling Plan 2 (RP2), Rancangan Malaysia Ke Duabelas (RMKe12).

  2. Berapakah peruntukan tahunan penyelengaraan Jalan Meru dari Klang Sentral-Pekan Meru dan Persiaran Hamzah Alang dari Pekan Meru-Pekan Kapar?

    Laluan berkenaan adalah Jalan Persekutuan, FT3217 dan disenggara oleh Konsesi Roadcare (M) Sdn. Bhd. Kelulusan peruntukan kerja penyenggaraan berkala bagi jalan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

     

     

    BIL. TAHUN PERIHAL KERJA PERUNTUKAN (RM)
    1 2019 Berkala Pavemen 1,500,000.00
    2 2021 2,477,519.12
    3 2019 Berkala Bukan Pavemen 70,000.00
    4 2021 104,000.00
    JUMLAH 4,151,519.12

Lampiran

Tiada Lampiran.