Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

196) STATUS MILIKAN TANAH KAMPUNG MANIKAVASAGAN PULAU CAREY

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status milikan tanah Kampung Manikavasagan Pulau Carey?

    Tanah-tanah Kampung Manikavasagam Pulau Carey adalah tanah hakmilik yang belum dikeluarkan hakmilik muktamad kerana terdapat perbezaan sempadan tanah diantara pelan hakmilik sementara dengan Pelan Akui yang dikeluarkan oleh Jupem.  Pentadbir Tanah Kuala Langat mendapati hanya terdapat 2 lot sahaja yang terlibat dengan isu persempadanan ini.  Semakan mendapati tambahan rizab jalan 40’ telah wujud bersebelahan jalan utama Pulau Carey dan menyebabkan tanah hakmilik tersebut telah beranjak kedudukannya.

  2. Adakah keluasan lot-lot telah dimuktamadkan?

    Pentadbir Tanah Kuala Langat telah mengadakan perbincangan dengan pihak JUPEM pada 11 Jun 2024 dan mendapati pra hitung yang dihantar ke JUPEM untuk Rancangan Perkampungan Pekerja Ladang Petaling, Mukim Jugra telah memasukan rizab jalan 40’ tersebut di dalam sebahagian permohonan ukur untuk Kampung Manikavasagam. Pihak JUPEM telah memberi pandangan bahawa PDT Kuala Langat hendaklah membuat permohonan pindaan Pelan Akui bagi lot-lot yang terlibat menggunakan Seksyen 396 A Kanun Tanah Negara (KTN) 1965.  Pentadbir Tanah Kuala Langat akan menyediakan pelan pra hitung yang baharu berdasarkan usaha kedua-dua lot tersebut untuk dikemukakan kepada pihak JUPEM.

Lampiran

Tiada Lampiran.