Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

255) STATUS KERJA RTB LEMBANGAN SG. LANGAT 2

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status kerja RTB Lembangan Sg. Langat 2. Berapakah nilainya dan siapakah yang dapat projek berkenaan. Bagaimanakah proses pemberian projek berkenaan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, JPS Malaysia telah melantik kontraktor Blueprint Projects Sdn. Bhd. bagi pelaksanaan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2, Selangor – Pakej 2, Daerah Sepang secara reka dan bina. Kaedah perolehan projek ini adalah melalui Pra Kelayakan Terpilih yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

    Objektif projek ini adalah bagi menyediakan tahap perlindungan banjir sehingga 200 ARI yang akan memberikan manfaat kepada kawasan Kampung Jenderam Hilir, Pekan Dengkil, Kampung Cemperai, Kampung Revolusi Hijau dan Kampung Sungai Melut.

    Berikut adalah status terkini Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2, Selangor – Pakej 2, Daerah Sepang:-

     

    Bil. Tajuk Skop Kos

    (RM)

    Tarikh Mula

    Tarikh Siap

    Status
    1. Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2, Selangor – Pakej 2, Daerah Sepang a)   Pembinaan ban banjir

    b)   Menaiktaraf sistem saliran banjir (Sungai Semarang)

    c)    Pembinaan drainage outlet

    d)   Pembinaan floodwall

    e)   Pembinaan kolam takungan banjir (Kg. Kelinsing)

    f)     Pembinaan logboom

    g)   Pembinaan water control gate

    h)   Pembinaan sistem pam

    i)     Pembinaan lencongan Sungai Labu

    j)     Meroboh dan membina semula jambatan

    684,664,000.00 15.1.2024

    14.4.2031

    Dalam Pelaksanaan

    (Penyediaan Reka Bentuk)

     

    Jadual: 6.9%

    Sebenar: 6.6%

    (sehingga

    30 Oktober 2024)

     

     

    Jangkaan Kerja Fizikal Pada Sukuan Pertama Tahun 2025

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.