Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

202) STATUS KEJAYAAN HIJRAH

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan usaha yang diambil oleh Hijrah Selangor dalam melahirkan lebih ramai usahawan menerusi Skim ÔZero to HeroÕ?

    Usaha yang telah diambil oleh Hijrah Selangor dalam melahirkan lebih ramai usahawan menerusi Skim ‘Zero To Hero’ antaranya ialah :

    • Mengadakan taklimat berkenaan Skim ‘Zero To Hero’ bersama syarikat peneraju ke seluruh Selangor dengan penglibatan 22 Cawangan Hijrah Selangor, Pejabat EXCO, Pejabat Parlimen, Pejabat Dun dan juga Pejabat Khidmat Masyarakat kawasan yang
    • Mengadakan taklimat pada 8 kumpulan sasar iaitu golongan graduan asnaf, OKU, belia, ibu tunggal, siswa, blueprint, wanita ladang dan qariah masjid.
    • Penglibatan syarikat peneraju dalam program-program kerajaan
    • Direktori info lengkap Skim ‘Zero To Hero’ di laman web Hijrah
    • Kaunter informasi syarikat peneraju di program kerajaan negeri seperti di Karnival Inisiatif Peduli Rakyat, Program Kasih PKNS, Made In Selangor dan banyak
    • Memantau syarikat peneraju memberikan latihan teori dan praktikal yang berkualiti kepada
    • Pemantauan selama 6 bulan oleh syarikat peneraju dan laporan bulanan prestasi usahawan diserahkan kepada Hijrah
  2. Apakah kriteria syarikat peneraju untuk menyertai skim tersebut?

    Kriteria syarikat peneraju untuk menyertai Skim ‘Zero To Hero’ ialah :

     

    • Memiliki dan menjalankan perniagaan sendiri (Bukan konsultan).
    • Peserta Hijrah Selangor (diutamakan)
    • Berkemampuan untuk memberikan latihan teori dan praktikal kepada peserta dengan
    • Mampu menyediakan modul yang praktikal dan bersesuaian dengan penerimaan peserta dalam tempoh kurang dari 6
    • Mempunyai keupayaan untuk memantau prestasi perniagaan peserta
    • Mampu membekalkan barangan asas yang lengkap dan berkualiti kepada peserta untuk memulakan
    • Boleh memberi peluang / jaminan pendapatan kepada peserta
    • Boleh memberikan komitmen yang cukup untuk peserta dan Hijrah Selangor (sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan atau lebih bagi pemantauan)
    • Berkemampuan membantu peserta dari segi pemasaran dan latihan tambahan
  3. Apakah sasaran bentuk perniagaan dan lokasi perniagaan untuk memastikan ianya meliputi seluruh pelosok negeri?

    Sasaran bentuk perniagaan adalah seperti kiosk-kiosk jualan atau perniagaan dari rumah serta perniagaan secara bergerak (mobile). Bagi memastikan seluruh rakyat negeri Selangor mengambil peluang perniagaan ini, Hijrah Selangor mempunyai sebuah cawangan di setiap parlimen yang mempromosikan dan mensasarkan peserta bagi perniagaan-perniagaan

    NO. SYARIKAT PENERAJU JENIS PENIAGAAN STATUS
    1 RED ONE Telekomunikasi MOBILE
    2 CHOMMEL ARECA 1.   Ayam Goreng KIOSK
        2.   Ayam Goreng KIOSK
        3.   Milo KIOSK
    3 ALL MALAYSIA CREATION 1.    Asas Jahitan RUMAH/MOBILE
        2.    Jahitan (Baju Kanak-kanak) RUMAH/MOBILE

     

    NO. SYARIKAT PENERAJU JENIS PENIAGAAN STATUS
    4 BAKERI RIA 1.   Bakeri / Pastri RUMAH/MOBILE
        2.   Dekorasi Kek dan Kek Perkahwinan RUMAH/MOBILE
    5 MFA ACADEMY 1.   Burger Hijau KIOSK
    6 ANQR 1.    Percetakan Baju RUMAH/MOBILE
        2.   Percetakan Kad Nama RUMAH/MOBILE
    7 TINI’S SPA 1.    Urutan Selepas Bersalin RUMAH/MOBILE
        2.    Solekan Profesional RUMAH/MOBILE
    8 KAYSYA ENT 1.   Big Cup Coffee KIOSK
    9 BEKAM PANCARAN NUR 1.    Bekam RUMAH/MOBILE
    10 POWER MZF GLOBAL 1.   Mobile Aircond Services RUMAH/MOBILE
    11 GROOM BARBERSHOP 1.   Mobile Barber Services RUMAH/MOBILE
    12 PETAL FLORIST 1.    Florist KIOSK
    13 JomSate 1.    Kiosk Sate KIOSK
    14 GTuned 1.   Mobile Workshop RUMAH/MOBILE
    15 Cucikasut 1.   Cuci Kasut Mobile RUMAH/MOBILE
    16 Buah Segar 1.    Kiosk Jambu88 KIOSK
    17 Dhuha Tensai Resources 1.    Kiosk Piza Jepun KIOSK
    18 Chef Tako 1.    Kiosk Takoyaki KIOSK
    19 Ilham Kayaman Sdn Bhd 1.   Andaman & Pelamin KIOSK
    20 Ombak Tinggi Ent 1.    K’Pok King (lekor) KIOSK

     

Lampiran

Tiada Lampiran.