Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

187) STATUS KAMPUNG BARU INDIA DI PULAU CAREY

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status Kampung Baru India di tanah kerajaan di Pulau Carey?

    Pentadbir Tanah Kuala Langat ingin memaklumkan tanah-tanah di Kampung Baru India Pulau Carey masih berstatus tanah Kerajaan.  Namun, tanah tersebut pernah diluluskan pemberimilikan secara dasar kepada 20 pemohon pada tahun 2017 berkeluasan 35 ekar bagi tujuan pertanian melalui MMKN Ke 32/2017.  Walaubagaimanapun kelulusan dasar tersebut tertakluk kepada semakan semula dan pengesahan oleh YB Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi yang perlu mengesahkan senarai peneroka asal yang terlibat di kawasan tersebut.  Namun senarai peneroka tersebut masih belum dimuktamadkan sehingga kini.

    Bagi langkah penyelesaian segera bagi menyelesaikan isu pemberimilikan Kg. Baru India, Pentadbir Tanah Kuala Langat akan melaksanakan bancian penduduk di kawasan tersebut untuk mengenalpasti peneroka asal.  Untuk makluman, terdapat juga pertindihan permohonan pemberimilikan daripada 14 pemohon lain di kawasan yang sama.  Oleh itu, Pentadbir Tanah Kuala Langat akan mengadakan temuduga permohonan pemberimilikan berkelompok bagi memuktamadkan nama peneroka asal sebelum senarai nama tersebut diangkat semula ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk kelulusan.

    Mengenai status Kampung Orang Asli Bakar Leleh, Pentadbir Tanah Kuala Langat telah menyemak dan mendapati bahawa keputusan perizaban Kampung Orang Asli Bakar Leleh melalui MMKN  38/2016 perlu diangkat semula untuk pertimbangan dan kelulusan MMKN yang baharu disebabkan terdapat permohonan pindaan perizaban daripada JAKOA Selangor iaitu daripada Kawasan Orang Asli Kg. Baka Leleh (Seksyen 6, Akta Orang Asli 1954 (Akta 134)) kepada Rizab Orang Asli Baka Leleh (Sekyen 7, Akta Orang Asli 1954 (Akta 134)).  Pindaan terkini Pelan Pra Hitungan dan Pelan Ukuran Butiran Laras bagi tujuan perizaban bagi plot A di bawah Seksyen 7, Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) yang telah disahkan oleh Pengarah JAKOA Negeri Selangor telah dikemukakan kepada Pentadbir Tanah Kuala Langat oleh Pihak JAKOA pada 26 April 2024.

  2. Apakah proses pemberimilikan tapak kepada peneroka masyarakat India Pulau Carey masih diteruskan?

  3. Apakah status Kampung Orang Asli Bakalele?

Lampiran

Tiada Lampiran.