Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
52) STATUS KAFA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Status Sijil Layak menduduki bangunan KAFA. Apakah ada usaha kerajaan untuk memastikan KAFA mempunyai Sijil Layak menduduki?
Bagi memastikan KAFA di Selangor memperolehi Sijil Layak Menduduki, JAIS telah menguatkuasakan keperluan menyertakan ulasan daripada 3 agensi (Pihak Berkuasa Tempatan, Bomba dan Pejabat Kesihatan Daerah) untuk bagi permohonan pembaharuan sijil pendaftaran sekolah KAFA bermula pada tahun 2023. Antara masalah kelewatan daripada pemohon yang dikenal pasti oleh JAIS ialah ulasan daripada PBT mengambil masa dan kos yang tinggi berbeza dengan ulasan Bomba dan Pejabat Kesihatan Daerah.
Perbandingan Prosedur memperoleh Sijil Layak Menduduki
Agensi Tempoh Masa Kos Bayaran PBT – MBSA 4 bulan RM 50 per 100 meter persegi PBT – MPKj 57 hari (min) 99 hari (max) RM 50 per 100 meter persegi (sama seperti MBSA) Bomba 1 bulan Tiada Pejabat Kesihatan 1 bulan Tiada