Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
201) STATUS JEJANTAS DI BULATAN BANDAR SAUJANA PUTRA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan terkini selepas pengumuman oleh Kerajaan Negeri bahawa ianya akan dibina seawal bulan Ogos 2018?
Pihak pemaju LBS selaku pihak yang diberi tanggungjawab oleh pihak PNSB untuk melaksanakan pembinaan tersebut, sedang dalam proses mendapatkan ulasan muktamad dan kelulusan daripada pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia.
-
Apakah jalan penyelesaian terkini dan alternatif penyuraian kesesakan lalulintas di kawasan tersebut?
Pada ketika ini kaedah penyuraian kesesakan lalulintas adalah melalui kawalan trafik oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pada waktu puncak sahaja.