Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

45) STATUS JEJAMBAT BANDAR SAUJANA PUTRA DAN KESESAKAN LALULINTAS DI BANDAR SAUJANA PUTRA

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah jaminan oleh Kerajaan Negeri bahawa Jejambat BSP akan dapat disiapkan pada Mei 2023?

    Pendengaran Tertutup Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban Dan Ketelusan (Special Select Committee On Competence, Accountability And Transparency – SELCAT) telah diadakan pada 22 April 2022 berkenaan Status Terkini Projek Pembinaan Jejambat (Flyover) di bandar Saujana Putra.

    Di dalam pendengaran tersebut, pihak Seribu Baiduri Sdn. Bhd. (LBS Bina Group) telah memberikan komitmen kepada Jawatankuasa SELCAT bahawa jejambat ini akan dapat disiapkan pada Mei 2023 berdasarkan keadaan semasa yang melibatkan isu perkerja, isu bekalan bahan binaan dan juga isu mendapatkan kelulusan untuk memasuki tapak yang melibatkan kawasan PLUS/ELITE.

    Majlis Perbandaran Kuala Langat juga telah menjalankan pemantauan terhadap Projek Pembinaan Jejambat berkenaan bermula pada 14 Januari 2022 dengan mengarahkan PNSB dan Seribu Baiduri Sdn. Bhd. (LBS Bina Group) membentangkan status dan kemajuan kerja di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Awam, Majlis Perbandaran Kuala Langat pada setiap bulan.

    Majlis Perbandaran Kuala Langat telah mendapatkan bantuan dan kerjasama dari pihak PDRM dalam menyuraikan kesesakan trafik pada masa puncak dengan menempatkan anggota dikawasan laluan berkenaan bagi memastikan kelancaran kenderaan yang melalui bulatan Bandar Saujana Putra tersebut.

  2. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan lain untuk menyuraikan kesesakan lalulintas di laluan ini?

    Berdasarkan kelulusan Pelan Susunatur pembangunan BSP yang diluluskan oleh JPBD pada 31.01.2002, terdapat cadangan keluar masuk ke BSP iaitu melalui lebuhraya ELITE, Lebuhraya SKVE dan juga ke Bandar Rimbayu.

    Kesesakan di kawasan ini kerana ia menjadi laluan pintas untuk menghubungkan Shah Alam ke Putrajaya dan ke Pelabuhan Klang.

    Kajian trafik secara menyeluruh dari pihak IJM Berhad untuk pembangunan di kawasan Rimbayu akan digunakan bagi menambahbaik / merancang laluan keluar yang sesuai di pembangunan ini yang menyumbang kesesakan di bulatan BSP. Kajian dijangka akan disiapkan pada hujung bulan Ogos 2022.

    Pihak pemaju pembangunan di sekitar Rimbayu akan mengkaji semula keseluruhan laluan di kawasan sekitar yang memungkinkan untuk membina laluan ‘interchange’ dari Rimbayu dan Seri Cheeding terus ke lebuhraya SKVE dan sekiranya ada keperluan pelan Kebenaran Merancang akan dipinda berdasarkan laporan TIA yang telah dikemukakan.

    Pada masa ini , pihak pengurusan Pejabat Cawangan MPKL di Bandar Saujana Putra dengan kerjasama PDRM telah mengambil tindakan pengawalan lalulintas dari jam 6.30 pagi hingga 8.00 pagi. Jika terdapat keperluan, masa pengawalan akan ditambah dan ditingkatkan.

    Laluan susur sementara dari Jalan Saujana Putra terus ke laluan Plaza Tol SKVE telah dibina oleh pihak LBS sebelum pembinaan jejambat disiapkan bagi mengurangkan kesesakan di bulatan BSP.

Lampiran

Tiada Lampiran.