Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
269) STATUS JALAN PINTASAN MENGHUBUNGKAN PEKAN MERU KE SETIA ALAM YANG MELALUI KAWASAN KUBUR CINA.
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah status jalan pintasan yang menghubungkan Pekan Meru-Setia Alam yang kini menjadi laluan utama penduduk di kedua kawasan ini?
Untuk makluman, semakan telah dibuat, pihak Majlis mendapati jalan tersebut merupakan jalan pintasan yang tidak didaftarkan di bawah MBSA. Kerja-kerja seliaan dan penyelenggaraan jalan tersebut adalah di bawah tindakan pihak Pejabat Daerah Petaling.
-
Adakah JKR Klang atau Petaling atau MBSA akan mengambil alih penyelenggaraan jalan ini yang kini di baiki secara sukarela oleh NGO?
Pihak MBSA tidak mengambilalih jalan tersebut kerana di bawah tindakan pihak Pejabat Daerah Petaling.