Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
359) STATUS JALAN KEMPAS KIRI KAMPUNG PEREPAT
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan agensi yang berkenaan di dalam membaik pulih tebing jalan yang jatuh sepanjang tersebut?
Pihak JKR Selangor telah menghantar surat berkenaan runtuhan tebing jalan kepada pihak JPS Selangor untuk tindakan selanjutnya pada 26 Januari 2023.
-
Apakah perancangan di dalam menaik taraf jalan tersebut yang telah rosak dan mendap?
Buat masa ini, tiada perancangan untuk menaiktaraf jalan ini. Walaubagaimanapun, jalan ini telah disenaraikan di dalam perancangan kerja-kerja pembaikan menggunakan peruntukan MARRIS tahun 2024.
-
Bilakah jangkaan baik pulih akan dimulakan?
Kerja-kerja pembaikan tersebut dirancang bermula pada pertengahan tahun 2024 mengambil kira proses perolehan dan peraturan Arahan Perbendaharaan yang telah ditetapkan.