Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

168) STATUS JALAN FT54

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah penyerahan Jalan FT54 kepada JKR Kuala Selangor akan dibuat?

    Tarikh siap semasa projek tersebut adalah pada 5 Julai 2023. Walaubagaimanapun, projek tersebut masih diperingkat penilaian penerimaan jalan oleh pihak Cawangan Selenggara Fasiliti Jalan (CSFJ) Ibu Pejabat JKR Malaysia.

  2. Apakah status penyelenggaraan jalan, rumput dan perparitan di sepanjang Jalan FT54?

    Kerja-kerja penyelenggaraan jalan, rumput dan perparitan masih di bawah kontraktor utama sehingga proses penyerahan jalan tersebut selesai dan diserahkan kepada pihak konsesi.

  3. Siapakah yang bertanggungjawab menyelenggara rumput dan perparitan di Jalan FT54 sebelum penyerahan kepada JKR dibuat?

    Kerja-kerja penyelenggaraan jalan, rumput dan perparitan masih di bawah kontraktor utama sehingga proses penyerahan jalan tersebut selesai dan diserahkan kepada pihak konsesi.

Lampiran

Tiada Lampiran.