Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

284) STATUS JAJARAN REL PANTAI BARAT

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Setelah Belanjawan Negeri Selangor 2024 meluluskan RM3 juta untuk memulakan kajian kebolehlaksaaan (Feasibility Study) bagi projek Jajaran Rel Pantai Barat Negeri Selangor, apakah status semasa pembangunan tersebut?

    Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bagi pihak Kerajaan Negeri telah membangunkan satu Terma Rujukan (TOR) khusus bagi pelaksanaan Kajian Kebolehlaksanaan Jajaran Rel Selangor dan perlu dibentang dan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Perunding bagi tujuan pengesahan. TOR tersebut dibangunkan dengan mengambilkira semua aspek yang perlu dimasukkan dalam kajian kebolehlaksanaan, dengan merujuk kepada beberapa agensi seperti Perbadanan Aset Keretapi, Jabatan Keretapi Negeri Sabah dan Kementerian Pengangkutan. UPEN sedang melaksanakan urusan perolehan untuk melantik perunding yang berkelayakan dan berwibawa bagi melaksanakan kajian tersebut berdasarkan TOR yang telah dibangunkan.

  2. Bilakah projek jajaran tersebut dijadualkan akan tiba dan sedia untuk dilancarkan di daerah Kuala Selangor?

    Bagi tahun perancangan 2024, Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan Kajian Kebolehlaksanaan Jajaran Rel Selangor terlebih dahulu. Berdasarkan dapatan kajian kelak, sekiranya projek tersebut adalah berdaya maju, Kerajaan Negeri Selangor akan merancang pembinaan jajaran termasuk tempoh pelaksanaan pembinaan jajaran dan lain-lain aspek berkaitan dengan merujuk kepada analisis yang telah dilaksanakan, tertakluk kepada perbincangan lanjut bersama pihak Kementerian Pengangkutan selaras dengan Akta Keretapi 1991.

Lampiran

Tiada Lampiran.