Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

23) STATUS ISU TANAH RUNTUH DI TAMAN BUKIT PERMAI DUN TERATAI

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah cerun yang mengalami tanah runtuh di bawah status infrastuktur yang diselenggaraan oleh MPAJ?

    Cerun tersebut adalah berstatus kawasan lapang yang telah diwartakan sebagai kawasan lapang. Penyelenggaraan cerun berada di bawah tanggungjawab MPAJ.

  2. Adakah Kerajaan Negeri bersedia memberi bantuan kepada 4 rumah untuk membina semula rumah mereka?

    Pembinaan semula 4 buah rumah terjejas tidak termasuk dalam bantuan oleh kerajaan negeri. Pemilik rumah terlibat perlu membina sendiri rumah berkaitan. Mpaj akan membantu mempercepatkan permohonan kelulusan pembinaan rumah tersebut setelah permohonan dari pemilik diterima.

  3. Status projek membaik pulih cerun.

    1. Status membaik pulih cerun sehingga 21 November 2022

    Schedule   :      83%

    Actual        :      79%

    Varience.   :     -4%

Lampiran

Tiada Lampiran.