Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
96) STATUS HUTAN SIMPAN SG KARANG, DUN SG PANJANG
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini Hutan Simpan Sg Karang?
Hutan Simpan Sungai Karang telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal pada 08.01.1990 dan sehingga kini ianya masih berstatus
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan tanah tersebut?
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah memberikan Permit Penggunaan kepada Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) bagi menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan pertanian. Daripada perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Selangor akan mendapat hasil daripada fi Permit Penggunaan berjumlah RM773,600.00