Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

53) STATUS HOSPITAL KAPAR DAN IPD KLANG UTARA

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini rancangan pembinaan Hospital Kapar dan IPD Klang Utara?

    Sukacita saya maklumkan bahawa Cadangan Pembinaan Hospital Kapar telah mendapatkan kelulusan bagi Kerja-Kerja Awalan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) Rolling plan ke 4 (RP4) di atas tapak PT83789, HSD164319, Mukim Kapar, Klang, Selangor.

     

    Skop cadangan pembinaan Hospital Kapar ini dengan kapasiti 300 buah katil termasuk skop infectious disease (ID) termasuk pembinaan 150 unit kuarters dan akan berfungsi sebagai hospital pakar major. Hospital ini juga akan menyediakan perkhidmatan tahap penjagaan sekunder komprehensif seperti berikut:

     

    1. General Medicine and Related Specialties
    2. General Surgery
    3. Pediatrics
    4. Obstetrics and Gynecology
    5. Orthopedics
    6. Anesthesiology
    7. Emergency & Trauma
    8. Psychiatric and Mental Health
    9. Otorhinolaryngology
    10. Ophthalmology
    11. Dental
    12. Forensic Medicine
    13. Pathology
    14. Diagnostic and Imaging
    15. Rehabilitation Services (Physiotherapy and Occupational Therapy)
  2. Apakah punca kelewatan pembinaan kedua kemudahan awam ini?

    Dimaklumkan oleh Encik Syahirfahim bin Che Mat daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) bahawa pembinaan IPD Klang Utara tertangguh disebabkan tapak IPD Klang Utara merupakan kawasan berpaya. Ini menyebabkan pihak Jabatan Kerjaraya (JKR) terpkasa membuat rawatan tanah (ground treatment) dan settlement dahulu, dimana ia memakan masa selama setahun.

  3. Berapakah kos pembinaan Hospital Kapar dan IPD Klang Utara yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan?

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) kelulusan peruntukan kos pembinaan IPD Klang Utara adalah dalam Rancangan Malaysia Ke-11 dalam Rolling Plan 4 Tahun 2020 sebanyak RM 159,300,370.00.

    Projek Pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara telah diluluskan dibawah

    RMKe-11 Rolling Plan -4 (RP4) (2015-2020) PDRM. Tapak projek adalah berhampiran dengan IPD sewaan sediada di atas lot 66029 milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dengan keluasan tanah keseluruhan adalah 7.999 ekar. Tapak cadangan berada di kawasan pembangunan baru. Jalan utama menghadap ke tapak projek di kenali sebagai lebih sungau kapar indah. Penguasa projek merupakan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Pusat/Negeru bagi projek ini. Status projek sepertimana berikut :-

    Tarikh pelawaan tender oleh JKR : 31 Mei 2021

    Tarikh tutup tender oleh JKR : 30 Julai 2021

    Status terkini masih dalam proses penilaian oleh Jawatankuasa Penilaian Tender JKR dan jangka masuk tapak pembinaan Disember 2021.

Lampiran

Tiada Lampiran.