Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

162) STATUS HAK MILIK KAMPUNG BARU

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan bil dan peratusan rumah kampung baru Sungai Chua, Kwantung Baru dan Bukit Angkat yang telah memiliki hak milik sementara (TOL)

    Mengikut rekod Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat, di Kampung Baru Sungai Chua
    terdapat 748 lot rumah dan daripada jumlah tersebut sebanyak 456 lot telah mendapat
    hak milik sementara atau sebanyak 61%.

    Untuk makluman Kwantung Baru dan Bukit Angkat tidak terletak di dalam kawasan
    kampung baru daerah Hulu Langat. Mengikut rekod, di Kwantung Baru terdapat 159 lot
    rumah dan kesemuanya telah dikeluarkan hak milik sementara bersamaan 100%. Di
    Bukit Angkat terdapat 96 lot rumah dan daripada jumlah tersebut 95 lot telah mendapat
    hak milik sementara bersamaan sebanyak 99%. Satu lot tersebut telah dikeluarkan Notis
    5A namun tidak dapat dikeluarkan hak milik sementara kerana pemohon tidak
    menjelaskan bayaran premium tersebut.

  2. Apakah keistimewaan atau pertimbangan khas diberi untuk kedai-kedai perniagaan yang terletak di dalam kawasan kampung baru?

    Mengikut Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bil 4/1999 mengenai bayaran
    premium tanah bagi kampung-kampung baru negeri Selangor, kedai-kedai perniagaan
    yang terletak di dalam kawasan kampung baru telah diberikan insentif sebanyak 50%
    daripada bayaran premium sebenar melalui kaedah pengiraan seperti berikut:
    i. Bagi Tempoh Pajakan 60 Tahun
    Perniagaan = (3/4 x 1/100 nilaian tanah semasa dan industri x 60
    tahun) x 50%
    ii. Bagi Tempoh Pajakan 99 Tahun
    Perniagaan = (3/4 x 1/100 nilaian tanah semasa dan industri x 99
    tahun) x 50%
    Melalui penguatkuasaan Pekeliling PTG tersebut, pemberian insentif premium sebanyak
    50% adalah merupakan keistimewaan yang telah diberikan kepada kedai-kedai
    perniagaan yang terletak di dalam kawasan kampung baru.

    MAKLUMAT TAMBAHAN
    Perbezaan Pengiraan Premium Kampung Baru Dengan Selain Kampung Baru
    JENIS KAMPUNG BARU SELAIN KAMPUNG BARU
    Bangunan
    Kediaman
    Pajakan 60 tahun
    0.50 sen skp
    Pajakan 99 tahun
    Dalam kawasan Majlis Perbandaran –
    RM2.50 skp
    Dalam kawasan Majlis Daerah –
    RM2.00 skp
    Luar Kawasan Majlis Daerah – RM1.00
    skp
    ¼ x 1/100 x nilaian tanah
    yang diluluskan x 99 tahun –
    baki tempoh pajakan
    Bangunan
    Perniagaan dan
    industri
    Pajakan 60 tahun
    (¾ x 1/100 nilaian tanah semasa dan
    industri x 60 tahun) x 50%
    Pajakan 99 tahun
    (¾x 1/100 nilaian tanah semasa dan
    industri x 99 tahun) x 50%

Lampiran

Tiada Lampiran.