Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

126) STATUS GURU-GURU TAHFIZ DI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah faktor yang melayakkan seseorang itu menjadi guru tahfiz?

    Faktor yang melayakkan seseorang menjadi Guru Tahfiz:

    1. Mempunyai Ijazah serta Diploma dalam bidang Hafazan al-Quran yang diiktiraf,
    2. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam Bahasa Melayu,
    3. Lulus Temuduga, dan;
    4. Warganegara Malaysia

     

  2. Apakah tindakan kerajaan negeri bagi menyelaraskan kurikulum di Maahad Tahfiz bagi mengelakkan ajaran yang tidak sepatutnya diajar?

    Setiap Maahad Tahfiz dikehendaki berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor adalah tertakluk dengan Enakmen yang memperuntukkan penggunaan kurikulum yang diluluskan oleh Majlis Agama Islam Selangor;

    (Fasal 11.(1) dalam Enakmen No. 2 Tahun 1988 Pindaan 2001 Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam Negeri Selangor “Tiap-tiap Jamaah hendaklah mematuhi kurikulum yang dibuat oleh Majlis, menggunakan buku-buku teks yang dinyatakan sedemikian dan menjalankan program mengenai latihan guru yang ditetapkan dan mengadakan apa-apa peperiksaan yang dinyatakan oleh Majlis”)

    • Maahad Tahfiz berkenaan perlu melaksanakan kurikulum yang sedang dilaksanakan di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS);
    • Jabatan Agama Islam Selangor juga mengiktiraf peranan Persatuan Institusi Tahfiz Selangor (PITAS) yang merupakan Badan Bukan Kerajaan yang turut serta memastikan tahfiz dari terjerumus dalam ajaran yang tidak sepatutnya;
    • Jabatan sentiasa melaksanakan tugas pemantauan sepanjang tahun bagi memastikan tahfiz berkenaan melaksanakan kurikulum yang diluluskan.

     

    Nota: Pengerusi dan Setiausaha PITAS dilantik menganggotai Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan dan Tahfiz Negeri Selangor di bawah Majlis Agama Islam Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.