Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

280) STATUS GELANGGANG FUTSAL MPK PEKAN MERU YANG ROBOH

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah status siasatan gelanggang futsal MPK bersebelahan dengan Dewan Orang Ramai MPK Pekan Meru yang roboh setelah hanya beberapa bulan dibina dan dinaik taraf?

    Siasatan dan laporan telah dilaksanakan serta dirujuk kepada pihak Jabatan Kerja Raya Daerah Klang. Daripada siasatan dan laporan dikenalpasti gelanggang tersebut roboh berpunca dari bencana alam yang berlaku pada masa kejadian. Semakan dengan Jabatan Meteorologi menunjukkan berlaku kejadian angin kuat dengan kelajuan angin direkodkan pada skala 4 m/s. Kejadian angin ribut ini turut menjejaskan dan menumbangkan pokok besar serta pondok bas tidak jauh dari lokasi kejadian. Dari segi perancangan MPK bercadang akan membina semula dengan membuat penambahbaikan pada reka bentuk sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.