Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
279) STATUS DEWAN ORANG RAMAI TAMAN MELOR JALAN MERU
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Di bawah siapakah pengurusan tersebut?
Dewan orang ramai ini bukan milik Majlis. Ia dibina oleh Pejabat Daerah dan Tanah Klang dan diserahkan kepada Persatuan Penduduk Taman Bunga Melor sekitar tahun 1980 untuk menguruskannya.
-
Adakah tempoh tertentu keizinan pengurusan tersebut?
Tiada tempoh tertentu untuk keizinan pengurusan tersebut.
-
Bagaimanakah kos penyelenggaraanb) Tiada tempoh tertentu untuk keizinan pengurusan tersebut.dan pengurusan?
Kos pengurusan penyelenggaraan dewan ini diuruskan oleh Persatuan Penduduk Taman Bunga Melor. Bil air dan elektrik bulanan ditanggung dengan hasil kutipan penggunaan dewan melalui aktiviti badminton dengan kutipan sebanyak RM12 sejam. Dewan adalah terbuka kepada orang ramai dan boleh digunakan untuk sebarang aktiviti dan majlis dengan bayaran RM12 sejam. Setakat ini, aktiviti dewan hanya terhad kepada aktiviti badminton