Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
32) STATUS DEVELOPMENT CHARGES
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah yang terkini Development Charges yang diperolehi oleh MBPJ?
Jumlah terkini Development Charge sehingga Julai 2015: RM44,724,131.57
-
Bagaimanakah wang tersebut digunakan? Senaraikan penggunaan mengikut kawasan dari tahun 2008-2015?
Wang dalam akuan Caj Pemajuan ini digunakan bagi tujuan:
- Perbelanjaan untuk program-program membina dan menaiktaraf infrastruktur dan kemudahan awam.
- Perbelanjaan untuk menyelesaikan isu-isu berkenaan dengan masalah kesesakan lalulintas dan penyediaan kemudahan awam yang berkaitan dengan masalah pembangunan baru.
- Lain-lain perbelanjaan yang berkaitan pengurusan dan pembangunan baru yang diluluskan serta difikirkan perlu oleh Majlis.
- Berikut merupakan senarai projek-projek yang telah diluluskan menggunakan peruntukan akaun Caj Pemajuan bermula pada tahun 2010-2015:
Bil. Projek Kawasan 1. Projek Perintis ‘Livable City Petaling Jaya @ Section 52’ (Fasa Pertama) · Pentas Utama
· Pentas Mini
· Pintu Gerbang dan Papan Tanda Informasi
· Kiosk Jualan
· Sistem Lampu Hiasan Menara MBPJ
Seksyen 52 2. Projek Perintis ‘Livable City Petaling Jaya @ Section 52’ (Fasa Kedua) · Boulevard
· Pengindahan Lorong Belakang
· ‘Street Art’
· Kerja-kerja Tambahan Pentas
· Bilik Persalinan
Seksyen 52 3. Pelaksanaan Projek ‘PJ City Cycleways Network’ Projek ‘Damansara Damai Urban Park Cycleways’ Damansara Damai 4. Projek ‘Kota Damansara Community Forest Cycleways’ Fasa 1 Kota Damansara 5. Projek ‘Ara Damansara Cycleways’ Ara Damansara 6. Projek ‘PJS 10 Cycleways’ PJS 10 7. Penyediaan TLK dan Tandas Awam serta lain-lain kerja yang berkaitan di Jalan Tanjung Seksyen 5 8. Penyediaan TLK di Tanah Rizab Rentisan Elektrik di Asia Jaya Seksyen 4 9. Projek Taman Awam Di Atas Sebahagian Tanah Rizab Keretapi, Jalan Railway ½, Seksyen 1, Petaling Jaya Seksyen 1 10. Projek ‘Barrier Free’ di Pusat Bandar Seksyen 52 Seksyen 52 11. Pembinaan Dewan Komuniti di Sebahagian Urban Park 1, Jalan PJU 10/1, Damansara Damai dan Lain-lain Kerja Berkaitan Damansara Damai (PJU 10)
12. Menaiktaraf Urban Park dan Kerja-kerja Berkaitan di Urban Park 2, PJU 10/1C, Damansara Damai, Petaling Jaya Damansara Damai (PJU 10)
13. Kerja-kerja Membina dan Menyiapkan Bangunan ‘PJ Planning Exhibition Center’ 1 ½ Tingkat Bersebelahan Ibu Pejabat MBPJ dan Lain-lain Kerja Berkaitan Seksyen 52 14. Projek Pelaksanaan Projek Pemutihan Kawasan Blackspot di Flat Medan Indah, Jalan PJS 4/27, Petaling Jaya PJS 4 15. Projek ‘Taman Medan PJS 2 Cycleways’ PJS 2 16. Kerja-kerja Menaiktaraf dan Penambahbaikan Laluan Basikal dan Lain-lain Kerja Berkaitan di bawah Projek ‘Kota Damansara Community Forest Cycleways’ Kota Damansara 17. Projek Perintis Menaiktaraf Infrastruktur, Landskap dan Saliran Jln. Cempaka, Kampung Kayu Ara, PJU 6A Kampung Kayu Ara (PJU 6A) 18. Kajian Penyediaan Garis Panduan Rekabentuk Bandar (Urban Design Guideline) PJ Petaling Jaya 19. Sistem Maklumat Perancangan Pengangkutan dan Lalulintas PJ secara Digital Petaling Jaya 20. Projek Perintis Liveable City PJ @ SS 2 SS 2 21. Projek Perintis Liveable City PJ @ PJS 2 PJS 2