Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
134) STATUS DAN HAKMILIK TANAH BAGI BANGUNAN KUIL-KUIL HINDU
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapakah Kerajaan Negeri Selangor masih belum memberikan hakmilikhakmilik Tanah yang kekal kepada semua Kuil-Kuil Hindu di dalam Negeri Selangor ini?
-
Mengapakah Kerajaan Negeri Selangor masih belum menggerakkan kakitangannya untuk turun padang dan mendaftarkan semua Kuil-Kuil Hindu di seluruh Negeri Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan memberi pampasan serta penempatan baru bagi Kuil-Kuil Hindu yang telah dirobohkan oleh Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah dahulu?